Salam ukhuwah kepada semua pengunjung setia blog Sendayu Tinggi Online Kelantan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik. Semoga kita semua sentiasa berada dibawah limpahan rahmat dan keredhaanNya.
Untuk pembelian ataupun pertanyaan produk, boleh WhatsApp ke 016-809 5475 ataupun email ke dewi_biru2004@yahoo.com. Produk-produk Sendayu Tinggi adalah antara yang paling banyak mendapat sambutan. Kadang-kadang sampai terputus stok. Jadi, kami berharap sebelum pembeli membuat apa-apa bayaran. Semak stok terlebih dahulu.
Urusan pembayaran adalah menggunakan akaun Maybank dan CIMB Bank sahaja. Transaksi antara bank yang berbeza akan mengambil masa selang sehari guna IBG (caj RM0.11) manakala IBF (caj RM2.12) akan diterima pada hari yang sama. Pesanan akan diproses selepas pembayaran diterima dan disahkan.
Bagi pembeli yang berada di luar Malaysia, urusan pembayaran adalah menggunakan Western Union. Setelah kami menerima nombor MTCN dan selesai urusan pengeluaran, barulah pengesahan pembayaran dibuat. Dan pesanan akan diposkan keesokan harinya.
Penghantaran hanya dibuat menggunakan khidmat Pos Laju. Hari Jumaat tiada pengeposan kerana di sini, Kelantan adalah Hari Minggu. Setelah barang-barang yang dipesan dipos, kami akan memaklumkan kepada setiap pembeli nombor tracking bagi memudahkan pembeli menyemak lokasi barang.
Semakan nombor tracking boleh dibuat di website Pos Laju, www.poslaju.com.my/track-trace.
Ok, jika ada sebarang kemusykilan boleh bertanya pada kami. Terima kasih semua.
No comments:
Post a Comment