Saturday, December 5, 2015

CANTIK ITU MAHAL NILAINYA...

Salam ukhuwah untuk semua pengunjung setia blog Sendayu Tinggi Online Kelantan. Alhamdulillah, STOK kini telah berusia 4 tahun. Masih kanak-kanak lagi. Masih banyak yang perlu diperlajari, diperbaiki dan perlu dipertingkatkan.

Saya mempunyai sedikit kekangan dari segi masa dan ruang. Kerana itu, blog ini kurang aktif dan jarang dikemaskini. In shaa Allah, saya akan cuba untuk menyerikannya. Doakan kelapangan untuk saya. 

Berbicara tentang CANTIK.. Ianya adalah sesuatu yang subjektif. Ada yang melihat sesuatu itu, nampak cantik.. dan ada yang melihat sesuatu yang sama itu dengan tafsiran biasa-biasa sahaja.


Apa yang pasti kecantikan itu bermula dari dalam. Peribadi yang baik, dalaman yang sihat, adalah antara penyumbang utama kepada cantik. Cantik itu mahal nilainya...Cantik dalaman dan cantik luaran. Nilainya sangat tinggi. Ia perlukan pengorbanan, kesungguhan dan dijaga dari usia remaja lagi.

Bercakap tentang kecantikan dan kesihatan tubuh badan. Pengamalan cara hidup sihat, ketenangan jiwa serta dengan supplemen yang baik membantu memberi kesihatan yang berpanjangan, melambatkan proses penuaan dan menjauhkan kita dari sebarang penyakit merbahaya. 

Bagi yang berusia 30an ke atas terutama sekali wanita... Penuaan sudah menghampiri dan tanda-tanda penuaan sudah jelas kelihatan seperti kedutan dan garis halus. Malah, kulit juga sudah tidak setegang zaman 20an. Separuh dari kolagen akan hilang dan hormon estrogen akan berkurang menyebabkan wanita semakin cepat dimamah usia.



Pengambilan supplemen tambahan sangat penting untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan. Namun begitu, cara pengambilan yang betul dengan fungsi yang tepat adalah penting bagi memastikan ianya memberi khasiat dan tidak memudaratkan pengguna. 

Perlunya ilmu dalam apa-apa hal menjadikan ianya bermanfaat dan menjauhkan mudarat. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan mampu menunaikan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. 


Sekian dulu dari saya.. Terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment